Sunday, August 15, 2010

Home » » Mengenal Hakikat Puasa

Mengenal Hakikat Puasa



*salam ini adalah catatan autopublish...tuan blog sdg beradu dirumah kerna demam...


Apa itu Puasa?
Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Hukum Puasa
Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :
Wajib – Puasa pada bulan Ramadhan.
Sunat – Puasa pada hari-hari tertentu.
Haram – Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.

Syarat Wajib Puasa
  • Beragama Islam
  • Baligh (telah mencapai umur dewasa)
  • Berakal
  • Berupaya untuk mengerjakannya.
  • Sihat
  • Tidak musafir

Rukun Puasa
  • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
  • Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.

Syarat Sah Puasa
  • Beragama Islam
  • Berakal
  • Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
  • Hari yang sah berpuasa.

Perkara yg sunat dilakukan ketika berpuasa
  • Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
  • Melambatkan bersahur
  • Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
  • Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
  • Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
  • Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
  • Membaca doa berbuka puasa

Perkara Makruh Ketika Berpuasa
  • Selalu berkumur-kumur
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Berbekam kecuali perlu
  • Mengulum sesuatu

Hal yang membatalkan Puasa
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
  • kedatangan haid atau nifas
  • Melahirkan anak atau keguguran
  • Gila walaupun sekejap
  • Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
  • Murtad atau keluar daripada agama Islam

Hari yang Disunatkan Berpuasa
  • Hari Isnin dan Khamis
  • Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
  • Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Enam hari dalam bulan Syawal

Hari yang diharamkan Berpuasa
  • Hari raya Aidil Fitri (1 Syawal)
  • Hari raya Aidil Adha (10 Zulhijjah)
  • Hari 29 Syaaban
  • Hari Tasryik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)
ps:-skdr mengingati ilmu yg mulai kering...

12 people love me:

shah mohamad said...

nice sharing..=)

Gen Fujita said...

nice reminder. demam ya? semoga cepat sembuh

ardinihumaira said...

terima kasih kf atas perkongsian ini ;)

brat2104 said...

suka baca.. tq.. =)

awak, ada pertandingan kat blog sy... jemput join..

hasni said...

jaga kesihatan leklok kf
cpt smbuh k!

F. said...

dulu dh tau..pastu lupe..then biler bc entry nih ingt blk.. thank for bang my mind hehe =)

aien said...

demam ke? moga cepat sembuh..


pose tetap pose! hehee

¶A.K.I¶ said...

jge diri taw senpai...
mkn ubat...
jgn lpe~
^_^

~miszirdawaty~ said...

i like!
><

boleh recall ilmu yg terlupa nh~

amira zakiah said...

tuan hambe....dah lama hambe tak buka blog!owhhh arini hari bahagia hambe....hambe takde kelas.hambe baru balik nie.p penang semalam...sampai sekarang tak boleh tido lagi nie.tuan hambe mcmne?dah baik demam?

Anna Boleyn said...

macam baca nota masa form 4 klu tak silap. senang faham and ingat. thanx kf! :)

Qib said...

semoga cepat sembuh yer
ehe..
sy baca ni teringt masa f5..
hehe

klik ur tonton ads..

 

Copyright © 2014 Hak Milik Eksklusif Uchi Kay-f Ahmad.