Sunday, November 11, 2012

Home » , » Jangan bersedih, Allah bersama kita

Jangan bersedih, Allah bersama kita

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini,merenung jauh mereka di sana, hidup penuh keseronokan dan kegembiraan,namun kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagian yang sebenar-benarnya...

Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya. selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor kekayaan dengan faktor harta,walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi " itu bukan segala-galanya"

betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar,tidur di atas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak tidur bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk kadang-kadang dia lebih lena dari kita.

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang lazat,lauk pauk yang enak tetapi lidahnya tidak merasa enak bahkan lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang cuma satu lauk pauk sahaja tapi dia lebih sedap dan selesa makannya.

kata Hamka,lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat itu pada hamba-hambanya...

semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar dan ada makanan yang sedap tentulah hidup dia bahagia dan tenang, belum tentu !!!


Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah swt

Jika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang ia tidak boleh di tahan oleh mana-mana pihak yang berkuasa sekalipun.jika Allah hendak menghalang kebahagian seseorang ia tidak mampu dibantu oleh mana-mana pihak yang berkuasa sekalipun.

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada diri kita walaupun sekelip mata,dunia boleh buat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.

Jika Allah mengatur untuk diri kita apa yang orang sangka kita tewas percayalah kita akan melihat kemenangan disisi Allah,apa yang orang berasa rugi Allah akan memberikan keuntungan yang mana ia keluar dari punca-punca yang tidak disangka oleh fikiran manusia tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah,marilah kita lihat dunia ini,kadang-kadang apabila manusia hilang sesuatu perkara dari dunia ini kadang-kadang mereka berfikir ia hilang segala-galanya..

Renunglah diri kita,berapa banyak keperitan dan kesusahan yang sudah kita lalui sepanjang hidup kita?cuba kita ingat?

ketika kita kena keperitan,kita berasa kita tidak dapat keluar dari keperitan itu tetapi lihatlah pada hari ini bagaimana Allah telah mengeluarkan kita untuk berada dalam keadaan yang lebih baik pada ketika ini..
.
ketika kita ditimpa musibah tertentu kita kata " habislah aku kali ini"...tetapi usia kita terus berjalan kita masih hidup dan makan serta menikmati kurnian dari Allah dalam hidup ini,dan ketika kita kata " ya Allah tolonglah aku,ya Allah tolonglah aku,aku susah ya Allah "..namun hari ini kita telah lupa akan perkataan itu,dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan daripadanya.

Sebenarnya hikmah dalam setiap perihal yang terjadi dalam hidup ini adalah mempunyai maskud yang tersembunyi.kita adalah disuruh dan mendidik diri kita agar selalu tahu untuk bersyukur dari  bersabar dalam segala ujian dan cabaran hidup itu, kerna al quran telah berkata dimana hal-hal  itu membuat iman kita bertambah yakin pada Allah jika kita tahu untuk bersyukur.

selalulah kita mendidik diri untuk terbiasa lidah dengan ucapkan doa di bawah ini:-

"Cukuplah bagi kami Allah,dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"...

pengalaman jualah sering mematangkan diri manusia,sesiapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya.

5 people love me:

Arina Shamsul said...

"cukuplah bagi kami Allah,dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"...

suka entri ini :)

aiNa yaZiD said...

nice entry.. ~~!

Yang baik itu dtg dr allah. Yang buruk dtg dr diri sendri. ALLAH knows the best. =)

salam maal hijrah. =)

anismelon said...

setiap yg berlaku itu ade hikmahnye..Allah x jadi kan saje saje je..:)

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

ALLAH bagi pada hamba-NYA mengikut keperluan.... bukan kehendak hamba-NYA.....

apa yg kita hendak.. betul tentu ianya perlu.....

tetapi jika ianye kepreluan.. hendak @ tidak ..... itu sememang nye kita perlu

Tuan Norhafiz said...

Aku serah kan segala urusan ini padamu Ya Allah

 

Copyright © 2014 Hak Milik Eksklusif Uchi Kay-f Ahmad.