Thursday, June 24, 2010

Home » , , » Kita akan usahakan

Kita akan usahakan

Salam

ape yg ingin diusahakan itu? nikah & kahwin....hee
tapi alasan besar yg bersarang di kepala ini ialah KEMISKINAN...

jadi kita merenungi alasan itu melalui kenyataan ini..

RAWATAN KEMISKINAN

“Mengapa kamu belum bernikah?” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.

“Aku fakir” jawab pemuda itu.

“Mengapa kamu belum bernikah?” Baginda menyoal lagi.

“Aku fakir” pemuda itu memberikan jawapan yang sama.

“Mengapa kamu belum bernikah?” Baginda mengulang soalan yang sama buat kali yang ketiga.

Pemuda itu tidak berani mengulang jawapan yang sama.

“Ya Rasulallah. Aku memang mahu bernikah. Carikanlah buatku seorang isteri!” jawab anak muda itu.

“Kamu pergilah ke sebuah kampung di sana. Nyatakan kepada orang kampung itu bahawa Rasulullah menyuruh mereka mengahwinkan seorang anak gadis kampung itu denganmu” arah Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam.

Pemuda itu pergi ke kampung tersebut, menyatakan mesej yang dibawanya kepada penduduk di situ. Dia kemudiannya kembali kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan sebuah persoalan.

“Aku tidak punya apa-apa untuk dijadikan mas kahwin” adu beliau.

“Carilah sebentuk cincin besi!” Baginda mengajar.

Sungguh unik. Seorang anak muda yang miskin, diperintahkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam supaya bernikah. Tidakkah nikah itu memerlukan perbelanjaan? Bukankah selepas nikah, lelaki fakir itu memikul tanggungjawab memberi nafkah. Apa yang mahu disumbat ke mulut isteri?

TELADAN

Kisah pemuda itu tidak harus dipandang mudah pada sekadar bermaksud gesaan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam agar bernikah.

Bagaimana Baginda berulang kali bertanya soalan yang sama mengapa beliau belum berkahwin? Jawapan yang diberi adalah kemiskinan. Tidak berkahwin dan miskin bukanlah masalah paling utama dalam situasi anak muda tersebut. Sebaliknya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam mahu menolak anak muda itu KELUAR DARI ZON SELESA beliau agar:

Usahakan mencari calon
Usahakan mas kahwin walaupun sekadar sebentuk cincin besi
Kata kuncinya, BERUSAHA.

Lelaki itu kelihatannya selesa dengan keadaan dirinya yang miskin. Benar sekali dalam hidup ini, ada yang lebih susah daripada susah, iaitu BERUBAH. Sehingga ada manusia yang lebih rela untuk terus hidup susah berbanding membuat perubahan. Di dalam kes anak muda ini, NIKAH menjadi DORONGAN untuk memaksa pemuda itu membuat perubahan. Usaha cari calon. Usaha dapatkan cincin besi. Pokoknya, kamu kena bangkit berusaha.

Demikianlah perkahwinan mampu mengubah ‘nasib’ seseorang. Jika semasa bujang dia boleh membiarkan dirinya miskin melarat, bekerja bila mahu dan berhenti kerja sesuka hati, pilihan itu tidak ada bagi seorang yang bernikah dan sedar akan tanggungjawabnya. Ada mulut yang mahu disuap, justeru dia tidak sewenang-wenang membuat keputusan mudah bekerja atau menganggur, sabar dengan karenah di tempat kerja atau berhenti.

Begitulah nikah mencetus perubahan diri.

Ayuh permudahkan nikah, namun jangan memudah-mudahkannya!

*SUMBER DARI SINI

**mudah-mudahan adelah jodoh kita. insya Allah..

ps:- selamat berpose buat yg mereka yg berpose sunat hari ni...^-^

29 people love me:

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

nikah tu adalah motivasi kepada seseorng yang berpikiran +ve.... tapi kepada yg -ve.. ianye satu beban...

sbb tu ramai yang kata kawen nih susah....

sebenarnye tidak susah mana pun.... tapi bila semua berlandaskan nafsu.... tu la jadinye....

berfikiran +ve utk menghadapi sesuatu....

TQ da info...

Anonymous said...

dotblogspotdotkom berkata...:iye terima kasih paci! wah arini betul2 paci cucuk langit ekk hee..^-^

¶A.K.I¶ said...

mggu lepas aki pose x ckp pon slmt bpose...
sedey btl ngn kf!

hurmm.. pengajaran yg menarik buat LELAKI diluar sana....

Cik Bulat said...

tenkiu kf..
pikok lebih taw skunk...ehehe

~miszirdawaty~ said...

akan sentiasa berusaha utk perkara yg baek,
heh~

Nina Nurziana said...

btul!!! usaha tangga kejayaan :)

psst : clicked digi kamu ;)

myQza said...

org sekarang mana nak buat kecik2.

kalau boleh satu negeri dia nak panggil!

Anonymous said...

¶A.K.I¶ berkata...:alahai maaf ler eh kan ade tulis kat fb adik aki!

piKOk berkata...:iye same2 hrp dpt sstu dri situ ea pikok!

miszirdawaty~ berkata...:mari usaha same2 bha!

Anonymous said...

sI tEDI berkata...:itu silapnye..hrp kita tak spt itu nnti!

Nina Nurziana berkata...:iye begitulah nina!

oh terima kasih

bspotgurl said...

all the best ye, KF :) hihik

Hazzy Ishak said...

kalau lah semua orang dengar cerita ni, pasti majlis kawin tak buat besar besaran kan?

Teh Ais Gula Madu said...

monink kf comot!
baca entry ni..teringat pulak dl ustaz penah ceramahkan hby masa nk nikah...sal alasan kemiskinan dan tahap keberhutangan yg tinggi. hehe.

vidadarisakura said...

iya.usaha tangga segalanya.hee

ardinihumaira said...

^__^ nak nikah ni tapi kena tunggu habis belajar dulu.. hehe...

azimask said...

nak komen tak related topik..
smalam tengok citer naruto shipuden no 114.. orichimaru mati dah.... hehehehhe dah takder watak ular ai geli tak suka.. hehehehehe

alert : minta delete.. ada di semua pc di dunya.. propaganda zionist ...

aien said...

semoga Allah memberkati..

soal jodoh serahkan pada-NYA. yg penting usaha, doa n tawakal.. ^__^

Redbloodsnow said...

yaa btol tuh. the main morale of this post adalah, BERUSAHA. keluar dr save zone...tol tuh. thumbs up for this artikel kf :)

Dee said...

KF..so, cepat2lah nikah ye..hehehe..

Anonymous said...

bspotgurl berkata...:hee terima kasih bspotgurl,anda jga ea..

Hazzy Ishak berkata...:klu lah,tapi rasenye meke x bce kisah ini hazzy!

baby berry berkata...:uiks psl kf comot plak? huhuhu..oh begitu ka..

vidadarisakura berkata...: jadi berusaha sekuat mungkin vv......

Anonymous said...

ardinihumaira berkata...:oh iye2 kursus nikah!

miMiE aZiMaSK ^V^ berkata...:hehehe kita uruchimaru@ sasuke kun lah see my background blog ini..

@ien_R@z berkata...:iye setuju dgn anda aein..

Redbloodsnow berkata...:same2 zie skdr berkongsi saje..

Dee berkata...:insya Allah kak Dee,klu dah lengkap segalanye hee..^-^

soffya cik bulan said...

salam kf..
kita bc blog awak, teringat sunan...ye, sm2 terpengaruh..dulu ms mula2 kenali sunan..lsg seluruh hidup terpengaruh...ya Allah, kalaulah dia bnr2 wujud dpn mata...

lupa tua nk bgthu..entry td ada tenks utk awak..kt nota kaki

Anonymous said...

soffya cik bulan berkata...oh begitu ka,takperlah kita jga meminati watak itu...

terima kasih ea cik bulan !

soffya cik bulan said...

ni entry ttg laksamana sunan... thn 2009 tulis....komen sikit...

http://soffya86.blogspot.com/2009/05/firasat-vs-telefon.html

Anonymous said...

soffya cik bulan berkata..:emm baeklah kita atas ke blog anda skrg jga..terima kasih

shah mohamad said...

mohon copy bley???

Anonymous said...

shah mohamad berkata...:insya Allah boleh !

hasni said...

nice entry kf
dah nak mendirikan masjid ka?

Miss Nurul said...

nak seribu daya :D

Anonymous said...

hasni berkata...:terima kasih,emm ndaklah mcm tu,tapi bha ini baru sak pulg dri masjid sbb solat jumaat tadi hee..^-^


Miss Nurul berkata...:iye harapnye begitu jag miss nurul!

 

Copyright © 2014 Hak Milik Eksklusif Uchi Kay-f Ahmad.